Wednesday, 13 May 2015

Sungai Kg Lingkubang & Tagal

Sungai Kampung Lingkubang adalah salah satu tempat perlancongan yang terdapat di Kota Belud. Kampung Lingkubang terletak 20 Kilometer dari pekan Kota Belud dan boleh dilalui melalui jalan Kota Belud Ranau Bypass. Apa yang menarik tentang sungai Kg Lingkubang ini adalah airnya yang jernih dan arusnya yang mengalir deras membuatkan sesiapa sahaja yang pernah mandi disini merasa kesegaran alamsemulajadi yang tenang. Sungai Kg Lingkubang mengenakan bayaran masuk iaitu untuk dewasa RM3.00, Kanak-Kanak dan warga emas tiada bayaran dikenakan. Kemudahan-kemudahan juga ada disediakan seperti pondok-pondok untuk berehat, tandas awam percuma masuk, tempat barbeku untuk halal dan juga kedai runcit. Sungai Lingkubang juga mengamalkan sistem tagal dimana ikan ikan disungai ini tidak diganggu oleh pemancing-pemancing dan dilarang menggangu ekosistem didalam sungai ini. Pengunjung boleh melawat dan melihat ikan-ikan sungai yang jinak dan boleh dipegang. Oleh itu jika anda dan keluarga ingin mencari tempat untuk berehat dan bermandi-manda dan mencari ketenangan bolehlah mencuba untuk pergi ke Pelancongan Kg Lingkubang & Tagal.

Friday, 13 February 2015

Jalan Marak Parak Kota Marudu ke Ranau.

Pada 29.01.2015 yang lalu saya dan rakan sekerja En. Aldi telah pergi ke Daerah Ranau melalui jalan Marak Parak Kota Marudu. Jalan ini masih belum siap sepenuhnya dan kerja pembuatan jalan sedang dijalankan, apa yang menariknya jalan ini mensajikan pemandangan yang begitu indah sekali dan pasti sesuai kepada penggemar fotografi.

Jalan Marak Parak yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dari sudut yang berlainan.